Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik adalah:
# Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
# Lelaki yang sedia menerima segala teguran
# Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
# Lelaki yang tenang dan lapang dada
# Lelaki yang sentiasa baik sangka
# Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan sempurna pada seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan tetapi pada kekuatan perasaan.
Wanita yang gagah adalah:
# Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
# Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
# Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
# Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan wanita berdiri di atas keteguhan iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna pada seorang wanita.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun." Surah Al-Ahzab: Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Wallahu'alam bissawab~
No comments:
Post a Comment