17 February 2012

Pencinta Yang Setia

Pernahkah kita bertanya, di mana ada nilai erti kasih yang telah bersemi? Dan hadirnya adakah sekadar mengisi ruang-ruang kekosongan atau sekadar sandaran hati?

Kita punyai hati dan akal untuk menilai sejauh mana sekuat nalurinya untuk menakluki hati kita. Kita punyai jiwa yang ada rasa untuk menjarakkan perbezaan palsu dan keaslian hati. Mungkin kita salah di dalam menilai, dan kita telah kehilangannya.

Mengaku saja kamu telah membiarkan seseorang yang amat menyintaimu itu pergi darimu. Setelah semakin lama semakin terhakis rasa di hati, membuatkan si dia mulai rasa pudar.




Manusia kadang salah dalam menilai kejujuran seseorang itu. Dan ada kalanya bertindak di luar perasaan apabila apa yang diimpikan tidak tercapai. 



Dan kadang kita terlalu ego untuk menyatakan cinta pada orang yang mencintai kita kerana kita selalu yakin si dia akan selalu berada di sisi kita. Terlalu yakin sedangkan orang yang mencintai kita juga mempunyai perasaan dan jemu. Takkan si dia akan selalu menunggu dalam penantian yang samar. Dan mungkin juga, rasa itu akan pudar dan hilang dimamah dengan kekecewaan dibiarkan menjadi tanda tanya. 

Orang yang menyintaimu akan selalu berada bersama kamu walau bagaimana caranya. Jika kamu di dalam kesunyian yang panjang, si dia akan segera bersamamu menemani hari-harimu. Si dia takkan berfikir panjang untuk meluangkan masa denganmu. Hanya satu sms kepadanya, cepat si dia akan return call dan berborak denganmu. Si dia akan melayan kerenahmu hanya untuk memastikan kamu tidak sunyi, sepi, boring, bosan dan sebagainya.

Apabila kamu dalam kesedihan dan terasa amat memerlukan seseorang, si dia akan selalu ada. Dia akan sama-sama menyelami perasaanmu. Hadirnya bukan saja membuatkan kamu terasa hilang kesedihan malah kamu akan menjadi happy. Kadang dia jua akan menangis bersama kamu. Orang yang mencintaimu jua akan menyayangimu. Itulah dia, selalu ada tika dalam kesedihan.

Kadang orang yang menyintaimu akan melakukan beberapa perkara yang sentiasa menghubungkan kamu. Sebagai contoh, si dia akan sms berkali-kali, akan call kamu walau kamu tidak menjawapnya. Tanpa ada rasa jemu dan lelah, dia akan selalu mengucapkan selamat pagi, bertanya sudah lunch, good night dan sebagainya. Kadang sehari mungkin berkali-kali call dan beratus sms. Kadang melalui YM, chat FB atau sebagainya. Semua perkara dia nak tahu. Memang merimaskan.




Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu. 

Dan orang yang menyintai kamu tidak akan mengungkit atas apa yang telah dia lakukan selama ini. Kadang dia emosi mungkin si dia dalam merajuk atau marah pada kamu.

Walau kamu sudah mempunyai teman istimewa, orang yang menyintai kamu tidak pernah ambil peduli. Baginya selagi kamu belum sah di akad nikah, selagi itu dia akan bersungguh-sungguh merebut untuk bertakhta di hati kamu. Baginya kamu tetap bahagia dan selalu di hatinya.

Si dia akan membuat pelbagai alasan untuk bertemu denganmu. Kadang alasannya tidak munasabah. Sanggup si dia menunggu kamu di depan rumahmu. Jika jauh dia sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit asalkan dapat bertemu kamu. Dan pada masa hendak pulang, kamu perasan atau tidak, hatinya sedih kerana akan berpisah. Dan kadang si dia selalu ucapkan terima kasih kerana sudi luangkan masa dan bertanya tarikh seterusnya untuk bersua lagi.




Itulah kita, telah hilang mata yang sudi memandang. Hati yang sudi dikongsi. Suka dan duka, dan berjanji sumpah setia untuk hidup hingga tutup mata setelah menjadi halal dalam hubungan itu. 


Perkongsian cerita dan kata jiwa yang tak terluah dari Blog Jiwa Jiwa