24 May 2012

Tiada manusia yang sempurna

Tuhan pernah berbisik

Ketika aku kirimkan seseorang kepadamu,
aku tidak memberikan seseorang yang sempurna
kerana engkau pun tidak sempurna. 

Aku mempertemukan mu dengannya, 
sehingga kalian dapat saling berbagi dan bertumbuh bersama. 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya
yang membawa kebaikan kepada dirimu,
menyayangimu, mengasihimu dengan tulus dan sepenuh hati. 

Mengapa kamu harus berlengah
dan mencuba membandingkannya dengan yang lain?

Ingat..jangan pernah mengejar kesempurnaan,
kerana kelak kamu akan kehilangan yang terbaik
yang sudah kamu raih dan kamu akan menyesal.