17 June 2012

Kenangan Terindah

Kadang kita dipertemukan dengan seseorang 
untuk saling mencintai
tapi bukan untuk saling memiliki
kerana memang 
semua cinta hanya milikNYA
dan
mereka yang pernah hadir dalam hidup kita
tak kan pernah hilang 
dari lembaran kehidupan kita 
sampai bila-bila pun
dan itulah yang disebut
KENANGAN~

p/s: kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku

13 June 2012

Jangan Pernah

Jangan pernah menyentuh hidup seseorang 
kalau itu hanya akan menghancurkan perasaannya.

Jangan pernah menatap matanya 
jika semua yang kamu lakukan hanya bohong.

Hal yang paling kejam adalah 
membiarkannya jatuh cinta sementara kamu tidak mencintainya. 

24 May 2012

Tiada manusia yang sempurna

Tuhan pernah berbisik

Ketika aku kirimkan seseorang kepadamu,
aku tidak memberikan seseorang yang sempurna
kerana engkau pun tidak sempurna. 

Aku mempertemukan mu dengannya, 
sehingga kalian dapat saling berbagi dan bertumbuh bersama. 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya
yang membawa kebaikan kepada dirimu,
menyayangimu, mengasihimu dengan tulus dan sepenuh hati. 

Mengapa kamu harus berlengah
dan mencuba membandingkannya dengan yang lain?

Ingat..jangan pernah mengejar kesempurnaan,
kerana kelak kamu akan kehilangan yang terbaik
yang sudah kamu raih dan kamu akan menyesal. 

30 April 2012

Bukan Untuk Sesaat

Entah mengapa kini kasih 
ku rasa berbeza 
dirimu seakan berubah 
dalam sekelip mata 

Ke manakah menghilang 
canda dan senyum mu kekasih
sungguh tak mengerti 
tidakkah kau sedari
keikhlasan ini..setia di sisimu

Katakanlah kekasih
jangan kau pendam lagi
ceritakanlah segala 
masalahmu kepadaku

Yakinkanlah hatimu 
diriku mencintaimu 
bukan untuk sesaat
bukan untuk seketika
tapi untuk selamanya


p/s: buat si dia yang kadangkala sukar dimengerti. sedih tahu?

29 March 2012

Hargailah Seadanya Dia


Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya.
Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya.
Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali.
Bila ada yang setia, lakukan yang sama. 
Bila dia pergi, pergilah kejari selagi merasa dia bererti.
Kerana bila dia tiada di sisi, kamu akan sunyi dan sepi.  




Bak kata Zack Zukhairi,


"Kadang-kadang kita leka tercari-cari mana lebihnya dia, tapi tak jumpa.
Sampai satu saat bila kita dah hilang dia, 
baru kita sedar rupanya hanya dia yang sebaik-baik yang kita ada".