30 November 2012

Apa Artinya Cinta



Tiba-tiba engkau ada
Kemudian engkau hadir
Laksana kerdil ku memalu
Lihat aku lebih dalam

Di matamu ku melihat
Ada cinta yang tersirat
Tirani hati merebak

Barangkali aku salah
Ku terdiam bukan bisu
Ku tahu engkau besar malu
Tutupi rasa gelisah

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum jugakah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai 
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Cinta ini sudah menelan waktuku
Siang malam hanya untuk fikirkan engkau
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta


** Lagu kegemaran saat dan ketika ini
** OST Terlanjur Cinta TV9

28 November 2012

Kesihatan Dijaga Kecantikan Terpelihara

Pehh..tajuk entri tak boleh blah kan. haha. Suka hati la nak bubuh title apa pun kann. 


Sebenarnya, saya baru je terbaca tentang kesihatan dan kecantikan ni melalui pamphlet yang orang duk bagi masa jalan² kat MAHA haritu. Kira ni macam nak buat sikit rumusan lah (cehh nak rumusan segala, bajet amik paper SPM ke hape?) 



Okay, nak cakap pasal buah delima. Kenal tak buah delima? atau dalam bahasa omputih nye Pomegranate. Ni salah satu buah feveret saya (nak jugak bagitahu!). Buah delima atau ar-Rumman dalam Bahasa Arab disebut sebanyak 3 kali dalam al-Quran (wahh ini fakta menarik).


Ini antara khasiat buah delima:

  • Mengekalkan jantung dan hati yang sihat
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga dalaman
  • Mencantikkan kulit muka
  • Merendahkan kolesterol
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Membaikpulih pesakit diabetes
Haa..amacam? Bagus kan. Moh ler kite makan buah delima atau minum jus delima untuk mendapatkan kebaikan daripadanya. hehe. Peace yaww! (^_^)Y

Okay, sambung lagi. Sejak kebelakangan ni, sana sini orang duk cakap pasal collagen. Korang tahu ke amenda collagen tu? Ia adalah sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. 

Berikut adalah fungsi dan kepentingan collagen: 
  • Melembut, melicin & menganjalkan kulit
  • Menghilang & mengurangkan garisan kedut halus terutama di bawah mata
  • Menyeri & mencerahkan wajah
  • Menghilangkan pigmentasi
  • Menghilangkan jerawat & memudarkan parut jerawat dari wajah
  • Mencantikkan badan & menghilangkan geleber
  • Melembut & menghaluskan kulit payudara
  • Sebagai agen anti-penuaan
Haa..apa lagi? Sila dapatkan stok² collagen di farmasi atau toko² jamu berhampiran anda. Pastikan produk pilihan anda selamat, mempunyai logo hologram dan didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (dah kenapa cakap macam promoter pulak ni? lol~)

Kesimpulannya, tak kisahlah apa jenis produk yang kita ambik yang penting pastikan ia selamat. Menjaga kesihatan tu lebih penting. Apa guna wajah cantik tapi badan tak sihat, betul tak? Pada saya, kecantikan itu harus seiring dengan kesihatan. Okayy, itu sajalah perkongsian saya untuk hari ini. Jumpa lagi di entri akan datang (itu pun kalau rajin lah. hihi ^^,) 
Bye bye~


22 October 2012

Tuhan Jagakan Dia


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna 
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku



** Especially to my dear lover ♥

18 October 2012

Maafkan Daku

Jika kesilapan semalam belum terampun, Maafkanlah
Jika kesilapan hari ini menyakitkan, Lupakanlah
Jika kesilapan esok mendatang, harap janganlah dibawa ke Akhirat
Mohon ampun salah silap
Semoga hari ini lebih baik dari semalam
Dan hari esok lebih baik dari hari ini
Dengan izinNya, InsyaAllah~



Tiada apa yang istimewa selain dapat memaafkan kesalahan orang terhadap kita.
Jadikanlah amalan meminta maaf dan memaafkan insan lain sebagai amalan harian 
sebelum tidur kerana esok mungkin kita tiada lagi di dunia ini. 
Sentiasa bermaafan walaupun hari ini bukan Hari Raya. 

29 September 2012

Salam Cinta

Assalamualaikum cinta ~

Bila kita bertemu dengan seseorang yang kita kasihi pada masa yang tepat, 
itulah kesempatan.

Bila kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan hati kita tertarik,
itu bukan pilihan, itulah kesempatan.

Bila kita memilih untuk mencintai tanpa mengira kekurangannya dengan hati yang ikhlas,
itulah pilihan. 


♥