5 July 2011

Kereta vs Motor

Sekiranya harga kereta sama dengan motor.

Sekarang ni buat la jalan raya sebesar mana pun, jammed tetap jammed. Makin besar jalan makin ramai orang beli kenderaan. Yela kan, kenderaan ni dah menjadi pengangkutan utama. Bercakap pasal kenderaan ni, cuba bayangkan kalau lah harga kereta tu sama dengan harga sebuah motosikal. Agak-agak apa yang akan berlaku?
  • Institusi kewangan tak boleh cari makan.
  • Budak sekolah pun mampu untuk pakai kereta.
  • Syarikat bas konfem lingkup sebab takde orang nak naik bas.
  • Orang pun tak payah lagi susah-susah nak naik keretapi, komuter, LRT dan sebagainya. Baik beli kereta je.
  • Jammed bertambah teruk. JKR terpaksa besarkan jalan yang dah cukup besar.
  • Pencuri pun dah malas nak mencuri, pasal harga kereta dah tak seberapa.
  • Sebuah rumah ada 8 buah kereta.
  • Kalau kereta rosak, beli je kereta baru. Tak payah lagi nak panggil mekanik atau hantar workshop. Kereta yang lama tu boleh sedekah je kat sape-sape.
  • Susah nak jumpa motosikal apatah lagi basikal kat jalan raya.
Tapi hakikatnya, harga kereta takkan sama dengan harga sebuah motosikal.  


Bye. Wassalam~


Sumber: Majalah Lawak Antarabangsa Ujang

No comments:

Post a Comment